Monday, February 8, 2010

TAZKIRAH MINGGUAN ( 1 )

LIMA BELAS MAKSIAT YG AKAN MENURUNKAN BALA

     Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah SAW bersabda, " Apabila umatku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :

01.  Apabila harta negara beredar kepada orang tertentu
02.  Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
03.  Zakat dijadikan hutang
04.  Suami terlalu mengikut kehendak isteri
05.  Anak derhaka kepada ibunya
06.  Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
07.  Ia suka menjauhkan diri dari ayahnya
08.  Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
09.  Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yg terhina di antara mereka
10.  Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11.  Arak sudah diminum di merata tempat
12.  Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki
13.  Para artis disanjung-sanjung
14.  Muzik banyak dimainkan
15.  Generasi akhir umat ini menyalahkan generasi pertama ( sahabat )

     "Maka pada ketika itu, hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain". ( Hadis riwayat Termizi )

     Setiap kejadian yang berlaku mutakhir ini memberi gambaran akan kebenaran perkara di atas. Tsunami, gempa bumi yang bersilih ganti, ribut atau taufan yang melanda penduduk dunia ini adalah amaran daripada Allah SWT. Bencana tersebut seharusnya memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kuasa yang ada pada kita amatlah terbatas. Allah Maha Berkuasa dari segala-galanya, malah Allah juga berkuasa menghancurkan manusia dan memberi balasan yang amat dasyat kepada manusia yang cuai serta mencabar akan Kekuasaan Allah SWT.  Wallahua'lam.
( Sumber rujukan - buku "Kenapa Allah Murka" - Mohammad Qayyum A. Badaruddin )




No comments:

Post a Comment