Friday, April 9, 2010

Jamuan Pertukaran GPK Kurikulum - Pn. Hjh Aminah

Bos Kelab Guru SKKT menyampaikan kata aluan
Guru Besar, Pn. Aminah dan En. Murad, GPK baru
ditugaskan di SK Kampong Tengah
Ucapan Pn. Hjh Aminah di majlis pertukaran beliau
tanda kenangan dari warga skkt...khidmat dan bakti
serta tunjuk ajar cikgu, kami sangat hargai...
Pn. Hjh Aminah, budi dan jasamu tersemat
di hati warga skkt....jasamu dikenang

Kejohanan Bola Sepak Zon Semantan 2010

memanaskan badan sebelum perlawanan bermula
ada gaya pasukan Manc City.....
coah...dibeli dr Man United, sedang mengatur stategi
para pemain sedang mendengar strategi dr. coah
coah....kalau kalah kena jual tau....he he

Motivasi Tahun 6 / 2010 - Hotel Seri Malaysia Temerloh

En. Adnan ( Kaunselor ) sedang menyampaikan
slot motivasi kepada murid-murid
Murid-murid sedang mendengar ceramah dengan tekun
Tekun dan teliti mendengar ceramah
Waktu rehat.....minum air je....
Seronoknya....sekali-sekala minum di hotel...

Wednesday, March 3, 2010

PROGRAM PEMULIHAN 2010

ibu bapa sedang mendengar taklimat
ibu bapa dan murid yang hadir
taklimat oleh GPK Kurikulum - Pn. Hjh Aminah
sanggup berkorban demi anak tercinta....
taklimat & penerangan oleh cikgu Mohamad
Kaunselor Bimbingan & Kaunseling SKKT

Thursday, February 25, 2010

SUKAN TAHUNAN SKKT 2010



Olahragawan Sukan Tahunan SKKT 2010
[ Noh Haime bt. Mat Noh - Rumah Merah ]

Olahragawati Sukan Tahunan SKKT 2010
[ Nurul Nadia - Rumah Biru ]

JOHAN Sukan Tahunan SKKT 2010
[ RUMAH MERAH ]

Tuesday, February 23, 2010

SUKAN HARI KE-2 / 2010

acara golek tayar lelaki
acara golek tayar perempuan
acara golek tayar perempuan
murid-murid dan penjaga menyaksikan acara sukan
murid-murid menyokong rumah sukan mereka

acara tarik bola dgn gelung rotan lelaki B
acara lari kasut getah lelaki A
acara jalan kaki lelaki B
acara jalan kaki perempuan B

Monday, February 22, 2010

SUKAN TAHUNAN 2010 - MERENTAS DESA AKHIR

GPK HEM turut serta merentas Taman Rekreasi....
murid-murid bersemangat memulakan larian
hai...macam nak lumba jalan kaki je.....
jgn. marah aaa....rumah Merah tu.....tapi
entah la tempat ke berapa ?
ini peserta rumah Kuning, tempat pertama
tahap 2, tahun 5 - kategori perempuan

ini pun rumah Kuning.....berlari ke jalan-jalan....

guru-guru bertugas di garisan penamat....

guru bertugas sedang menunggu peserta...

rehat....dahaga....lapar....cuaca panas terikkk..

waktu rehat...isi tangki, nanti ada acara menanti...

guru-guru membantu murid-murid membeli makanan

penat berlari.....dapat pingat emas...
tapi jgn jual tak laku tau....


 


Saturday, February 20, 2010

MOTIVASI - Membentuk Tabiat Positif

Sesungguhnya tabiat seseorang itu mempengaruhi tindakan serta prestasi diri sepanjang tahun. Sebagai seorang murid anda harus membentuk tabiat positif di awal tahun lagi agar segala tindakan anda mampu memberi kesan yang positif ke arah peningkatan prestasi dalam pembelajaran.
     Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah pepatah melayu yang memberi maksud bahawa sesuatu kesedaran harus berlaku di peringkal awal agar mencukupi masa untuk membetulkannya. Oleh itu bagi diri murid membentuk sikap positif itu haruslah dilakukan sekarang agar ia dapat memberi ruang meningkatkan prestasi diri tanpa berasa bosan atau menggunakan faktor masa sebagai alasan. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah seperti berikut :


• Positif terhadap kesukaran yang dihadapi: Terdapat segelintir murid yang menggunakan alasan bahawa belajar itu amat sukar untuk difahami. Memang betul dalam proses pembelajaran pelbagai kesukaran dan kesusahan akan dihadapi. Menghafal sifir, menghafal formula, mengingati fakta, mencari bahan isi karangan, melakar peta minda, menyelesai masalah matematik dan sebagainya adalah sukar. Walau bagaimanapun murid-murid harus ingat apa sahaja yang dilakukan itu sukar jika tidak dilatih dengan kaedah-kaedah tertentu. Seorang anak kecil amat sukar untuk berjalan tanpa bimbingan dan kaedah yang tertentu yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu ingatlah bahawa sebarang kesukaan itu hanyalah untuk sementara waktu sahaja dan memerlukan usaha untuk mencari kaedah jalan penyelesaiannya.


• Peka terhadap masa: Masa berjalan dengan begitu pantas tanda disedari. Oleh itu rugilah bagi mereka yang tidak peka terhadap perjalanan masa. Untuk mengelakkan kita menjadi rugi maka seseorang murid harus membuat perancangan masa untuk mengatur aktiviti harian agar ia dapat dipenuhi dengan lebih bermakna. Jadual waktu belajar di rumah, jadual aktiviti kokurikulum, jadual untuk aktiviti rekreasi harus dibina, dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa bertangguh-tangguh. Sifat bertangguh-tangguh seperti bertangguh untuk membuat kerja rumah, bertangguh untuk belajar, bertangguh untuk bertanya adalah diantara punca kepada pembaziran masa. Akhirnya semua kerja tidak beres dan istilah kesuntukan masa dijadikan alasan kegagalan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.


• Yakin terhadap kebolehan diri: Allah mencipta manusia untuk mencapai kejayaan. Oleh itu sejak kecil kita dilahirkan sudah difitrahkan oleh Allah iaitu kebolehan atau potensi untuk digunakan sebagai penentu kejayaan. Kebolehan dan potensi ini harus diterokai, dicungkil dan diusaha dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan hasilnya. Keyakinan merupakan tenaga dalaman yang mampu menjana minda dan menggerak segala anggota untuk berusaha mencapai apa yang diingini. Seseorang yang tidak yakin terhadap dirinya akan sentiasa mengalah, tidak mahu mengambil bahagian secara aktif dalam sebarang aktiviti serta mudah berputus asa, selalu meyindiri kerana beranggapan dirinya hina jika dibandingkan dengan orang lain


• Berani mencuba untuk kebaikan: Ramai murid berasa malu untuk bertanya atau berasa tersinggug apabila berlakunya sesuatu kesilapan ketika belajar di mana sifat ini harus dikikis dari peringkat awal lagi. Malu bertanya sesat jalan!. Itulah gambaran yang diberikan dalam pepatah melayu yang membawa maksud seseorang yang malu untuk mendapatkan maklumat akhirnya agal menemui kegagalan.


Pembentukan tabit positif ini haruslah diberi penekanan di awal tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan sebagai ikhtibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita dalam usaha mengapai kejayaan.

SANTAPAN MINDA Oleh DR. ISMAIL ZAIN (drismailzain@yahoo.com)

Friday, February 12, 2010

Wednesday, February 10, 2010

SUKAN AKHIR HARI KE-2

Acara Lompat Statik......
Pengadil...Firdaus & cikgu Zamri....
Peserta rumah sukan Kuning sedang membuat
lompatan..
cikgi Maisyara...pencatat acara lompat statik...nak
tau, dulu cikgi ni johan lompat statik....jauhhhh...
jangan tak caya....jangan marahhhh

 
Acara akhir lompat tinggi perempuan..Ain Anisa
rumah Merah, mendapat tempat pertama.


Aulia, juga dari rumah Merah....meraih pingat emas,
mendapat tempat ke-2